top of page

Salah Siapa?



Yang pertama, kebanyakannya menyatakan bapa salah. Sama situasi dengan video yang tular. Kita tidak melihat punca utama (yang campak benda dalam rumah) kerana tindakan bapa memarahi anak lebih memberi kesan kepada emosi kita. Tidak ramai yang menyalahkan orang luar itu (dalam kes video, bila tiada siapa nampak salah metod dalam pemberian homework untuk anak Special Needs).


Saya tertarik kepada kenapa ‘kita tidak nampak’ - walhal, situasi diberikan dalam bentuk ‘helicopter view’, ianya jelas. Apakah yang membuat kita ‘desensitised’ dengan situasi ini? Budaya? Pemikiran? Takut menyalahkan ‘orang luar’? Tetapi kalau terang-terangan ianya salah, kenapa takut?


Saya twist sedikit dalam teka teki 2, saya bermain dengan elemen suami isteri dan gadis. Jawapan yang diberikan bukan mudah untuk diputuskan. Kali ini, ianya lebih samar-samar kerana mahu melihat apa yang mengusik emosi anda.


Ada yang mengatakan Isteri, ada yang kata Suami, dan ada yang salahkan gadis. Tiada jawapan tepat di sini, kerana ianya berkaitan ‘CHARACTER’ & ‘PENDIRIAN’ masing-masing.


Apakah perkaitan teka-teki 1 dan 2?

Elemen Emosi terlibat dalam kedua-duanya.


Sukar melihat dalam teka-teki 1 kerana watak adalah seorang ‘parent’, seorang ‘anak’ dan ‘orang luar’. Jika benar hipotesis masyarakat sudah terbiasa (desensitised) dengan ‘homework’, maka punca ‘orang luar’ memang terus tidak wujud. Berbalik kepada ‘bapa’ dan ‘anak’, tidak mungkin kita salahkan ‘anak’. Maka tiada orang lain kecuali ‘bapa’ yang salah.


Begitulah rata-rata netizen mengecam video tersebut.


Selain bapa dan anak, bagaimana dengan GURU?


Tetapi pernahkah anda memikirkan sedalamnya juga; kenapa video sedemikian perlu dirakam, dimuatnaik dan disebar ramai? Jenis mentaliti apakah yang masyarakat kita punya hari ini?


Apa yang cuba kita belajar daripada video tersebut?


Dimanakah INTEGRITI sebelum meviralkan Voice Note itu? Dan saya sedih dengan sikap Netizen. Saya melihat ini sebagai, masih panjang lagi masa untuk ubah mentaliti ini.


saya berterima kasih kepada anda semua yang mengambil masa memberi jawapan ini. Saya ajak kita semua reflek perkara ini.


No hashtags.

Comments


bottom of page