top of page

'New Normal ' Malaysia



Sempat tonton semalam? Kalau tidak, anda masih lagi boleh menontonnya di Facebook Sinar Harian atau Facebook Page saya di link ini: https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/576425683221484


Saya sokong sepenuhnya UPSR dan PT3 dimansuhkan terus.

Saya cadangkan SPM dilihat kembali, dan pelbagaikan Metod Penilaian.

Pertingkatkan kualiti SPM supaya menghampiri kualiti IGCSE dan IB. Lihat pada kaedah.





Lihat pada bagaimana kandungan diajar dan diuji. Jauh sekali dengan metod yang memerlukan fakta dihafal atau menggunakan daya memori.


Cukup pengalaman yang saya lalui, dan saya tidak mahu metod 24 tahun lepas masih sama hari ini, dan tidak dikaji mahupun di Kaizen.


RUGI! Keperluan masa hadapan tidak sama dengan keperluan 24 tahun dahulu.

Tidak boleh rigid.

Guru perlu diperkasakan supaya penilaian berlaku dengan organik.

Industri di masa hadapan memerlukan pelajar yang hebat skil, bukan hebat kemahiran HAFALAN.


Hari ini, lambakan mereka yang menghafal fakta, tidak membuktikan apa-apa kejayaan hebat diperingkat Steve Job, Jack Ma, Bill Gates, Elon Musk contohnya.


Ambil peluang PKP untuk menilai kembali apa yang kita ada hari ini, dan apakah yang perlu kita KAIZEN!


Comments


bottom of page