top of page

Cukup-cukuplah ...!

Cuti PKP, dan saya melihat makin kencang perkongsian kompilasi atau koleksi kertas peperiksaan untuk persediaan peperiksaan. Teringat saya di saat pertukaran PMR kepada PT3, tujuannya untuk ubah cara pentaksiran, tetapi akhirnya semua melakukan latih tubi juga.


Saya ambil kesimpulan, kita terlalu takut pada keputusan pencapaian peperiksaan sehingga perlu berlatih berulang kali untuk mencapai keputusan yang bagus. Ya, ada tekanan dari sudut lain juga.


Secara tidak langsung fenomena ini menjadi budaya peperiksaan di Malaysia. LATIH TUBI sehingga PERFECTO!


Dan secara tidak langsung juga, budaya belajar untuk peperiksaan, muntahkan segala hafalan sewaktu peperiksaan, sehingga karangan juga dihafal.


Persoalan saya; ADAKAH INI PENDIDIKAN?


Apakah yang diperolehi pelajar dengan belajar cara ini? Berfungsikah apabila dewasa nanti? Adakah waktu kerja nanti, kita boleh gunakan segala hafalan? Adakah ini sebahagian dari SpoonFeeding? Dan apakah kesan SpoonFeeding hari ini, bila ramai graduan hanya boleh berfikir apabila disuruh sahaja. Adakah ini FAILURE dalam pendidikan? Jika ya, Apakah FAILURE dalam pendidikan ini perlu dibanggakan?


Saya mohon pembaca untuk berfikir. Sampai bila ‘vicious cycle’ ini perlu berterusan? Dan kita semakin mengawalkan pembelajaran hingga ke peringkat Taska. 🤦🏻‍♀️


Jika kita ambil beberapa langkah kebelakang, mahu saya untuk ketengahkan isu HAFAL SIFIR! Perlu dirisaukan. Kerana belajar SIFIR tidak bersifat tujuan asal keperluan ilmu itu.


Belajar matematik dengan cara hafal? Matematik adalah skil asas pada penyelesaian masalah. Adakah ini bermaksud, bila mahu selesaikan masalah, kita perlu cari ilmu-ilmu yang dihafal dan digunakan untuk selesaikan masalah? Eh, bukankah sesuatu permasalahan itu subjektif. Cara penyelesaian kepada setiap sesuatu itu unik. Eh... kita ni robot ke? Install semua formula, kemudian bila mahu pakai, cari formula dan gunakan.. fuiyoooo.. hebat shortcut hafalan sifir ini. Hilang konsep asal belajar sifir aka gandaan nombor.


Begitukah cara kita desain pendidikan di Malaysia? Asas Pedagogi tidak digunakan, tetapi penggunaan SHORTCUT kepada kejayaan peperiksaan.


I rest my case for now. But this issue will continue, selagi tidak ada sesiapa yang memperbetulkannya.

Comments


bottom of page